Rabu, 21 Julai 2010

Cara- cara untuk membuka akaun Maybank2U





Hari nie kami nak kongsikan cerita macam mana anda semua boley mendaftar akaun Maybank2U untuk menjalankan pelbagai perkara..Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu apakah langkah yang perlu dilakukan untuk menyertai atau memanfaatkan Maybank2U.

Nak di jadikan cerita masa kami masuk kelas En.Miswan iaitu lecture kami untuk subjek E-dagang, En.Miswan memaklumkan kepada kami bahawa setiap satu kumpulan perlu mempunyai akaun Maybank2U..jadi, selepas habis kelas pada pagi tersebut, kami terus pergi ke Maybank untuk membuka akaun Maybank2U..sampai sahaja kami di sana kami terus pergi ke kaunter dan beritahu hajat kami untuk membuka akaun Maybank2u kepada kakak kerani yang ala-ala Misha omar je gaye ye..kakak tersebut memberitahu bahawa untuk membuka akaun Maybank2u perlu mempunyai akaun maybank dahulu dan sekiranya mahu buka akaun kena ada RM250..wow!..banyak tu,bru nak buka akaun....

Jadi kami pun berbincang untuk meggunakan akaun salah sorang dari ahli kumpulan kami...lepas kami di beritahu cara nak apply maybank2u, kami terpakasa menununggu abang-abang pekerja yang sedang sibuk menguruskan mesin-mesin ATM di situ.. kebetulan, semasa kami datang Maybank, mereka sedang membuat pemindahan pada mesin ATM tersebut.

Jadi semasa kami menunggu mereka menyiapkan kerja, kami pun berbincang dengan salah seorang kakitangan di bank tersebut, jadi sikit sebanyak kami dapat tahu yang Maybank2U turut mempunyai perkhidmatan pembayaran bil-bil elektrik, air,telefon, cukai tanah dan tak kurang jugak dengan tiket tambah nilai telefon serta macam-macam lagi kemudahan.Jadi pada sesiapa yang berminat nak buat Maybank2U ni, kat sini kami ada tunjukkan cara-cara macam mana nak daftar dengan Maybank2U ni....






  • Bagi mereka yang belum ada akaun, anda mestilah membuka akaun Maybank dulu.

  • Untuk daftar, masukkan kad maybank anda ke mesin ATM dan masukkan no.pin.

  • Pilih menu untuk permohonan Maybank2U/PB.
  • kemudian, pilih PIN Laluan Maybank2U dan ikut arahan seterusnya.

  • Anda akan menerima resit yang tercatit laman web, gunakan resit tersebut semasa mendaftar di intenet.

  • Selepas siap buat pendaftaran kat mesin ATM, anda boley la cuba layari sesawang maybank2U di http://www.maybank2u.com.my

  • Untuk pengguna yang kali pertama menggunakan maybank2u ni, klik pada "First Time Login"

  • Kemudian, masukkan no.pin dengan kata laluan yang sama dengan kad maybank anda, ikut arahan yang di beri dan klik pada "ACTIVATE" .
  • cipta sendiri nama dan kata lalauan anda sendiri untuk kegunaan anda untuk setiap kali anda log masuk ke maybank2u.